JOHOR BAHRU, Ahad - Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Mahyiddin Yassin menasihati pelajar-pelajar supaya tidak mengabaikan mata pelajaran Sains ketika merasmikan pembukaan bangunan makmal tambahan di Sekolah Sultan Abu Bakar di sini pagi semalam.
Beliau berkata bahawa negara ini memerlukan rakyat yang dapat memehami dan sentiasa mengikuti perkembangan bidang sains dan teknologi. Hal ini demikian kerana bidang ini memainkan peranan yang besar untuk meningkatkan pembangunan negara.
Selain itu, beliau menasihati pelajar-pelajar supaya menggunakan kemudahan yang disediakan sepenuhnya."Kemudahan ini disediakan untuk pelajar. Oleh itu manfaatkanlah kemudahan ini sepenuhnya supaya pelajar mendapat faedah," katanya.
Ketika diwawancara, Pengetua sekolah, Encik Abdul Rahman Kasbon berkata bahawa bangunan dua tingkat itu dilengkapi dengan enam buah makmal sains yang moden dan empat buah kelas. Pembinaanya mengambil masa satu tahun dan menelan belanja tujuh ratus ribu ringgit.
"Pembinaanya bertujuan menampung pertambahan murid yang kian meningkat dari setahun ke setahun. Tampa makmal tambahan ini, pihak sekolah terpaksa menggabungkan dua kelas dalam satu makmal," katanya.
Di samping merasmikan pembukaan bangunan tersebut, beliau turut menyaksikan demonstrasi Perstuan Kadet Tentera dan Persatuan Seni Pertahanan Diri.
-PUTRI