Welcoming :D

Monday, 11 July 2011

Kesihatan Fizikal dan Mental

     Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Tun Ali, guru-guru rakan-rakan pelajar, serta hadirin sekalian. Terima kasih kepada Persatuan Bimbingan dan Kaunseling yang mengundang saya untuk berceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya ialah "Otak yang Cerdas Ada pada Badan yang Cergas"

Hadirin sekalian,
      Tubuh badan dengan otak saling mempunyai kaitan yang rapat. Otak akan menjadi cerdas apabila tubuh badan cergas dan sihat. Sebaliknya, otak akan krang berfungsi sekiranya seseorang itu diserang penyakit. Hall ini demikian kerana tubuh badan yang sihat akan mengaktifkan perjalanan darah ke otak. Oleh itu, otak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan.
       Untuk menyihatkan tubuh badan, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Pertamanya ialah kita hendaklah banyak melakukan senaman. Dengan bersenam, kita akan mengeluarka peluh. Keadaan ini pasti akan menyihatkan tubuh badan dan memberikan kesan yang baik pada minda seseorang.
        Selain itu, kita perlulah makan makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat banyak membantu proses penjagaan kesihatah. Sebaliknya, tindakan mengamalkan pemakanan yany berbahaya seperti minuman keras serta garam dan gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Begitulah juga halnya dengan rokok dan dadah perlu kita hindarkan.

Hadirin sekalian,
         Sebagai kesimpulanya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa "Otak yang Cerdas Ada pada Badan yang Cergas". Oleh itu, bersama samalah kita menjaga kesihatan diri.
         Sekian, terima kasih



     PUTRI