Welcoming :D

Monday, 11 July 2011

Pameran Lukisan

KUALA LUMPUR, Sabtu - Pelukis seni khat yang terkenel, Encik Muhammad Ali, 59, mangadakan pamerannya yang terbesar di dunia ini. Pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara ini dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan, YB Datuk Ahmad Shafei Apdal.
      Encik muhamad berasal dari Mesir dan dikenal sebagai Raja Seni Khat. Kira-kira 150 karyanya dipamerkan. Kebanyakan karya tersebut adalah simpanannya sendiri yang tidak akan dijual. Antaranya termasuklah sebuah karya tulisan khat yang bernilai satu juta ringgit.
      Ketika diwawancara, Encik Muhamad berkata bahawa beliau berasa amat bangga kerana diberi peluang membuat pameran di sini. Hal ini demikian kerana negara ini terkenal oleh seni khatnnya juga.
      "Saya telah mengadakan pameran di seluruh dunia tapi inilah kali pertama saya menghimpunkan seluruh karya saya untuk dipamerkan di dalam satu bilik pameran,''katanya 
        Apabila ditanya masa depan seni khat, beliau berkata bahawa seni ini akan terus berkembang " Saya menolak pendapat bahawa seni khat akan pupus. Banyak penulis khat yang terdapat di dunia. Merekalah yang akan menyambung seni ini dari stu zaman ke suatu zaman,'' katanya lagi.
        Pameran tersebut akan diadakan selama sebulan. Semua peminat seni khat dipersilakan menyaksikan pameran tersebut. Tidak ada bayaran masuk dikenakan.

-PUTRI