Welcoming :D

Saturday, 9 July 2011

Penyu di Rantau Abang

  Penyu merupakan binatang yang istimewa. Dikatakan demikian kerana penyu hanya bertelur di tiga pantai sahaja di dunia ini. Salah sebuah pantai ialah Rantau Abang, Terengganu.

  Pantai Rantau Abang menjadi tumpuan orang ramai dari bulan Mei hingga bulan September setiap tahun. Mereka datang untuk melihat penyu bertelur.

  Hal ini menyebabkan pantai Rantau Abang terkenal di seluruh dunia. Penyu jenis Belimbing adalah penyu yang bertelur di negara ini. Panjang penyu Belimbing ini ialah kira-kira 1.5 meter.

Penyu sepanjang itu mempunyai berat sehingga kira-kira 375 kilogram. Satu perkara lagi yang dianggap istimewa ialah penyu ini dapat hidup sehingga 1000 tahun.

- Putri