" Kalah jadi abu, menang jadi arang," bermaksud bahawa kalah atau menang dalam sesuatu persengketaan tidak akan menguntungkan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Pihak yang kalah terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada persengketaan itu. Begitu juga halnya dengan pihak yang menang.
Jika dua buah negara berperang, setiap negeri tidak kira yang kalah ataupun yang menang pasti akan memakan korban atau banyak banggunan yang musnah. Ekonomi kedua-dua buah negara juga turut terjejas. Hal ini amat merugikan.
Peribahasa ini juga mengajar kita supaya tidak bercakaran di antara satu sama lain. Lebih baik hidup dalam serba aman dan kerjasama. Kehidupan yang sebegini lebih menguntungkan.
Oleh hal yang demikian,elaklah daripada mencari pergaduhan dengan orang lain. Lebih baik kita hidup aman dan damai serta tolong-menolong antara satu sama lain.
- Putri