Aku berasa bangga akan diriku yang cantik dan bersinar-sinar. Setiap orang kenal akan daku. Namaku sering disebut-sebut dan menjadi idaman setiap wanita.
Aku ialah sebentuk cincin berlian. Aku tinggal di dalam cermin kaca di kedai tuanku. Harganya amat mahal. Oleh sebab terlalu mahal, sampai sekarang aku masih tidak dibeli. Aku berasa sedih.
Aku sedih bukan kerana apa, cuma berasa bosan tinggal di dalam cermin kaca begitu lama. Aku ingin keluar hidup dengan tuan yang lain pula.
Kesedihan yang aku tangguh berakhir sudah. Aku dibeli seorang hartawan. Sejak hari itu aku menjadi hadiah kepada isteri hartawan itu. Tinggallah aku tersarung pada jari manis seorang wanita yang cantik dan berkulit kuning langsat.
Aku dijaga dengan baik. Aku amat gembira dapat hidup bersama-sama dengan seorang wanita kaya yang cantik serta baik hati.
- Putri