Beliau berkata bahawa apabila ada pelajar yang panik maka dia tidak akan dapat mengawal dirinya. Pelajar tersebut akan menjadi sukar untuk menerima arahan yang diberikan. Sebagai akibatnya, mungkin pelajar tersebut akan menjadi mangsa kebakaran tersebut.
"Anda harus bertenang, ikutlah arahan yang diberikan oleh pihak sekolah. Kemudian, keluarlah dari kawasan yang mungkin terlibat dalam kebakaran itu dengan mengikut jalan yang lebih selamat. Janganlah tergopoh-gapah," katanya.
Menurut Encik Azman Ramli, "Hal-hal seperti ini harus diingat walaupun kebakaran jarang-jarang berlaku di sekolah-sekolah. Malang tidak berbau. Oleh itu anda perlu berjaga-jaga".
Beliau juga berpesan kepada pihak sekolah supaya mengadakan latihan bagi menghadapi kebakaran dari masa ke semasa. Disamping itu, beliau menggesa pihak sekolah supaya sering memeriksa alat-alat pemadam kebakaran agar sentiasa dalam keadaan baik dan dapat digunakan apabila kebakaran berlaku.
Tentang punca kebakaran pula, beliau berkata bahawa kecuaian adalah punca utamanya. Selain itu, pembakar smpah sarap, putung rokok yang dibuang merata-rata, dan kerosakkan alat-alat elektrik
adalah antara ppunca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran juga.
-Putri