Daripada makan gaji, lebih baik bekerja sendiri. Seseorang yang bekerja sendiri bebas daripada kongkongan peraturan di tempat kerja. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak terdedah kepada tekanan.
Pada zaman sekarang, pendapatan bekerja sendiri lebih lumayan daripada makan gaji. Pendapatan kita tidak terhad. Oleh itu, peluang untuk menjadi kaya memang ada. Hal ini berbeza dengan makan gaji kerana pendapatan terhad kepada sesuatu jumlah tertentu sahaja.
Seseorang yang bekerja sendiri juga tidak mempunyai sebarang had waktu bekerja. Ini membolehkan peningkatan produktiviti seterusnya meraih keuntungan yang banyak. Bagaimanapun, bekerja sendiri mesti berpandukan dengan sikap rajin dan bijak.
Kesimpulannya, seseorang yang memilih bekerja sendiri mempunyai peluang yang cerah dalam hidup dan menjamin masa hadapan yang cerah.
- Putri