Andaikan pada 6.15 petang, anda memandu pulang (tentu sekali seorang diri) selepas kesukaran luarbiasa di tempat kerja. Anda benar-benar letih dan kecewa... Anda benar-benar tertekan dan mula terkejut.. Tiba-tiba anda mengalami kesakitan eruk di dada dan mula merebak hingga ke lengan dan tulang rahang. Ketika itu anda berada 5 kilometer saja dari hospital terdekat, malangnya anda tidak pasti samada sempat sampai di sana atau tidak. Apa perlu anda lakukan ? Anda telah dilatih melakukan CPR, tetapi tidak diajar bagaimana melakukannya pada diri sendiri BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN ? Kebanyakan orang bersendirian ketika serangan jantung. Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil akan mula pitam, hanya 10 saat sahaja sebelum tidak sedarkan diri.
Tindakan : Jangan panik, sebaliknya batuklah berulangkali dengan kuat dan bersungguh-sungguh. Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk, dan batuk sedalam-dalam dan sepanjang-panjangnya seperti hendak mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada. Tarikan nafas dan batuk perlu di ulang tiap-tiap saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung kembali normal. Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru-paru manakala pergerakan dari batuk akan menekan jantung seterusnya mengekalkan peredaran darah. Himpitan dan tekanan pada jantung juga membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan juga sempat ke hospital.
- Sha :) -