Bulan puasa akan menjelma tidak lama lagi. Kaum ibulah orang yang paling sibuk setiap kali menjelang puasa. Begitu juga dengan ibuku.
Ibu memastikan untuk menyediakan juadah semasa berbuka, setiap bahan untuk membuat kuih-muih tiada di dapur. Oleh hal yang demikian, Ibu ke pasar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Sebelum ke pasar, Ibu menyediakan satu senarai barang-barang yang akan dibeli. Jika tidak berbuat demikian, Ibu mungkin terlupa satu dua barang. Ibu juga tidak lupa memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan itu.
Apabila semua barangan telah tersedia. Ibu akan merancang menu. Pada hari pertama berpuasa, apakah juadah yang disajikan. Begitulah keadaannya sehingga tamat sebulan berpuasa.
Kesimpulannya, ibuku sentiasa sibuk setiap kali hendak menyambut bulan puasa. Aku pun tidak ketinggalan menolong ibu di dapur. Setelah sebulan berpuasa tibalah menjelangnya Hari Raya yang ditunngu-tunggu. Kami berasa amat gembira kerana dapat berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini.
- Amira