Waktu amat berharga kepada kita. Oleh sebab itu waktu atau masa diumpamakan sebagai emas. Sebagai seorang pelajar, kita patut menghargai waktu. Kita juga perlu bijak mengurus waktu. Kalau tidak, waktu akan berlalu begitu sahaja.
Membuang waktu dapat disamakan dengan membazir. Membazirkan waktu amat merugikan kita. Kita sepatutnya menggunakan waktu dengan sebaik mungkin.
Semasa belajar, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan menggunakan waktu belajar itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Waktu yang terbuang tidak dapat dikembalikan lagi. Jika kita sering leka dan membuang waktu, kita akan menjadi orang yang ketinggalan zaman.
Sebagai kesimpulannya, waktu perlu dijaga dan diurus dengan betul supaya kita tidak rugi.
- Amira