Welcoming :D

Saturday, 9 July 2011

Kebaikan makan makanan yang berkhasiat

  Manusia memerlukan makanan untuk bergerak dan berkerja. Tanpa makanan, udara dan air, manusia tidak akan hidup. Oleh itu, untuk menjamin tubuh badan yang kuat dan sihat, kita memerlukan makanan yang berkhasiat.

  Apabila badan kita kuat dan sihat, penyakit tidak mudah menyerang kita. Makanan yang berkhasiat juga dapat membina otak yang cerdas. Apabila otak kita cerdas, kita dapat belajar dengan sempurna. Kesihatan tubuh badan dan kecerdasan otak juga perlu diguna selalu semasa kita melakukan sesuatu perkerjaan.

  Makanan yang berkhasiat adalah makanan yang mengandungi cukup protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Makanan-makanan jenis ini terdapat di sekeliling kita. Makanan yang mahal harganya tidak semestinya berkhasiat.

  Oleh hal yang demikian, pastikan bahawa makanan yang kita makan setiap hari mengandungi khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Makanan berkhasiat sudah tentu menjamin kehidupan yang cemerlang.

- Amira