Welcoming :D

Monday, 9 May 2011

HARI BUMI

Berbilion Tindakan Hijau’. Itulah tema sambutan Hari Bumi 2011 di Malaysia 22 April lalu sempena memperingati salah satu aset penting yang dikurnia Allah kepada kita. Pelbagai tema, slogan dan cogan kata di- uar-uarkan media dalam mewujudkan kesedaran dan peri penting memelihara dan menyayangi bumi daripada terus dieksploitasi.
Pelbagai kempen juga dilakukan sempena menyambut sesuatu acara dan sambutan oleh pelbagai pihak, namun ia perlu dilaksanakan secara lebih konsisten dan teratur agar kesannya lebih mantap. Selain memberi maklumat, menghibur dan mendidik, media juga tidak kurang pentingnya memainkan peranan sebagai ejen kesedaran melalui paparan yang memujuk kepada masyarakat. 
Pelbagai cara yang lebih kreatif dan inovatif perlu digerakkan media dalam menjalankan salah satu peranannya itu kepada masyarakat. Misalnya, publisiti yang lebih giat dirangka dan dijalankan terhadap kumpulan minoriti dan perseorangan agar lebih menimbulkan kesedaran yang lebih menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Media dan masyarakat amat penting dalam menjalinkan kerjasama bagi menjayakan sesuatu agenda yang dirancang. Penyertaan yang lebih maksimum oleh kedua-dua pihak boleh menjayakan sesuatu projek dengan kesan lebih besar. Oleh itu, konsisten adalah faktor terpenting dalam melaksanakan sesuatu tindakan bak kata pepatah ‘jangan seperti hangat-hangat tahi ayam’.

Usaha pemurnian perlu diperluaskan kepada segenap masyarakat agar konsep ini menjadi salah satu panduan supaya usaha awal yang dilaksanakan secara berterusan tetap dan lebih cekap. Contohnya, kempen dan kesedaran terhadap mencintai sungai, memulihara alam sekitar, kitar semula dan isu kepupusan haiwan berkait rapat dengan bumi ini.
-Liesa,