Welcoming :D

Wednesday, 7 September 2011

Sani ialah seorang murid yang nakal.Dia tidak disenangi oleh guru dan rakan-rakannya lantaran sikapnya yang malas membuat kerja sekolah.Setiap hari,dia akan meniru kerja sekolah daripada rakan-rakanya.
        
         Sikap Sani itu diketahui oleh rakan-rakan sekelasnya.walau bagaimanapun,mereka takut untuk memberitahu guru akan hal itu.mereka takut akan dipukul oleh Sani.

         Suatu hari,Cikgu Liza telah memberikan kerja rumah kepada muris-murid kelas itu.Oleh sebab Sani leka bermain,dia terlupa akan kerja yang diberi oleh Cikgu Liza.

            Keesokan harinya,Cikgu Liza meminta buku latihan Sani.Kerja Sani bukan sahaja tidak kemas,malah Cikgu Liza dapat mengidu tabiat buruk Sani yang meniru kerana jenis kesalahan yang dilakukannya adalah sama.Seperti biasa,Sani akan menafikannya...

            Oleh sebab tidak tahan lagi dengan alasan Sani,seorang rakan Sani yang bernama Hafiz telah memberitahu perkara yang seberna kepada guru kelas mereka.Akhirnya,Sani terperangkap dan dia terpaksa mengakui kesalahanya.

            Cikgu Liza membawa Sani berjumpa dengan Guru Besar.Guru Besar menasihati Sani supaya jangan menipu kerana"sepandai-pandai tupai melompar,akhirnya jatuh ke tanah jua".....



 Name: Siti Nur Sajidah

-PUTRI