Welcoming :D

Wednesday, 14 September 2011

Gejala Merokok dalam Kalangan Remaja

     Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untukmengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebakdalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malahmembawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.


     Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru inisememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untukmembanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa parasnegatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-parutersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.


     Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberikesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melaluipengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dankadar perokok dapat dikurangkan.


     Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang laludi seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untukmembuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesanburuk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untukberhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

- Amira