Welcoming :D

Tuesday, 12 July 2011

usaha memajukan pemakanan tradisional

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisional yang berasal dari pelbagai negara. Antara makanan tradisional yang popular di Malaysia ialah dodol, baulu, dan lemang. Makanan ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengkomersilkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam, malah ke luar negara.

Antara usaha efektif adalah dengan menggunakan proses pinjaman modal kepada pengusaha-pengusaha kecil makanan tradisional agar mereka mampu membesarkan saiz perusahaan mereka. Syara-syarat pinjaman haruslah dilonggarkan agar lebih banyak mengusaha kecil layak menerima pinjaman. Kesukaran mendapatkan pinjaman menyebabkan perniagaan tidak dapat dikembangkan.

Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek pemasaran. Bantuan dalam memasarkan produk mereka amat penting dalam meningkatkan jualan. Mereka patut diberi ruang untuk memasarkan produk mereka sama seperti pengusaha makanan yang sudah terkenal agar mereka juga mengecapi keuntungannya.

Pendek kata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam memajukan industri makanan tradisional. Kemajuan dalam perusahaan makanan tradisional akan membawa keuntungan kepada ekonomi negara. Sehubungan itu, sikap dimana ada kemahuan, di situ ada jalan, perlu ada dalam diri semua pengusaha makanan tradisional, agar kejayaan yang diimpikan menjadi realiti.