Welcoming :D

Tuesday, 12 July 2011

Perbezaan Blog Lelaki vs Perempuan

Hi guys!

Tengah duk blogwalking tetiba je aku terfikir nak share pasal ni. Sebelum tu nak tanya macam mana rupa blog korang? Dan macam mana yang korang suka?

Actually aku ni bukan reti atau pakar sangat kot nak buat template blog yang cantik-cantik. Saje je ni gedix2 nak komen..hahaha.. Kalau aku, aku tak bape suka blog yang agak messy. Macam la blog aku tak messy dan aku tak nak blog aku nampak macam budak-budak.

Ni antara perbezaan blog lelaki vs perempuan

LELAKI
  • Compact dan tersusun
  • Header cantik dan sesuai dengan blog ( tapi ade juga header yang beso gedabak)
  • Entry di tulis dengan kemas dan tersusun (Nampak mcm profesional)
Tapi tak semua blog lelaki macam yang aku tulis kat atas tu. Ada jugak yang messy, pastu font entry di center kan. Tempek gambo sendiri penuh kiri kanan. Terpulang la tu sebab blog dorang. Aku nak sibuk-sibuk nape? Hahahaaha

PEREMPUAN
  • Header besar gedabak dengan pic sendiri 
  • Entry pulak banyak tempek pic sendiri yang gedik2 ( Ni lom citer pasal tempek gambo bopren lagi)
  • Kalau takde muzik tak sah
  • Template paham2 sendiri sudah la...
  • Ada juga yang tersusun dan compact (Sedap je mata memandang)
Tapi macam yang aku cakap la...tak semua blog p'puan sama macam aku citer. Ade jugak yang lebih tersusun dan menarik.Sedap dipandang dan yang paling penting entry yang menarik untuk dibaca. Citer pasal blog orang blog aku pon bukan menarik sangat pun! Hahahahaha! 

Rajin-rajin la bertanya dan belajar dengan yang berpengalaman supaya Blog kita akan jadi lebih menarik. Lagi bagus kalau jadikan blog kita 1 rujukan atau tempat mencari maklumat dan bukan hanya blog sampah. Blog aku blog sampah ke? ce citer..ce citer..

Walaubagaimanapun,semua itu terpulang kepada penulis blog masing-masing. Semua ada citarasa tersendiri dan yang paling penting aku tak suka la nak baca blog sapa-sapa yang entry die asyik-asyik citer pegi situ sini dengan bopren. Pastu tempek gambo gedix2 dengan bopren (tak ada usur-unsur jeles ok!) Aduyaiii... Ingat ye semua entry atau gambar-gambar yang diupload ke dalam Internet adalah kekal walaupun telah di delete!


**Pssttt- ade 1 blog ni aku mmg tak suka giler nak tengok! Nape? Macam yang aku cakap kat ats tu la...Sabo je laa...