Welcoming :D

Tuesday, 12 July 2011

Kekasih Merajuk Mati Terjun Kondo !!

Assalamualaikum

Breaking news nih. Sebab merajuk je terus terjun kondo. Apa ingat nyawa tu ada spare part ke? Kalau mati boleh guna nyawa spare part lain takpe. Ni berita yang aku dapat dari myMetro

KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.
“Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian,” katanya.
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan. 
“Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan. 
“Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam,” katanya.
Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berdosa besar bunuh diri. Sebelum buat keputusan bunuh diri tu istifar la banyak-banyak. Jangan ingat bunuh diri tu boleh selesai masalah. Ye betul masalah kat dunia ni selesai! Tapi masalah masa hari pembalasan nanti macam mana? Sanggup ke pikul? Wallahualam. Semoga kita dijauhkan dari semua ni.