Tidak dapat menafikan bahawa kehidupan yang sihat dan selesa bergantung kepada alam sekitar yang bersih. Bumi merupakan satu-satunya tempat kita.
Oleh hal yang demikian, bumi harus dijaga dengan baik dan bijak. Kita tidak seharusnya membiarkan tempat yang kita tinggal kotor dan tercemar.
Pencemaran alam sekitar mendatangkan banyak bahaya kepada manusia. Kita perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar. Sekiranya alam sekitar dibiarkan tercemar, udara tidak lagi akan bersih.
Begitu juga dengan air, tumbuhan dan sebagainya. Manusia memerlukan air, udara dan tumbuhan untuk terus hidup. Jika tidak, manusia tidak akan bernafas, makan dan minum. Ini membuktikan bahawa manusia memerlukan persekitaran yang bersih supaya dapat hidup dengan lebih sihat.
- Amira