Welcoming :D

Tuesday, 12 July 2011

Cerpen Penting 2009

A. VIRUS ZEL UNTUK ABAH 
TEMA Penderitaan anak yang menjadi mangsa akibat perceraian ibu bapa.


PERSOALAN
1. Tanggungjawab seorang ibu tunggal membesarkan anak dengan didikan yang sempurna
2. Kasih sayang dapat menghapuskan perasaan dendam seorang anak kepada ayahnya.
3. Perceraian menyebabkan masalah rumahtangga.
4. Sahabat sejati sanggup bersama ketika senang atau susah dan sanggup pula membantu.


WATAK PERWATAKAN


ZEL
1. Anak gadis yang berusia 20 tahun.
2. Mahir menggunakan komputer dan perisiannya.
3. Emosional, iaitu mudah berasa marah apabila terkenang ayahnya yang telah menceraikan ibunya.
4. Pendendam dan prasangka. Zel berhasrat untuk memusnahkan Program ZQ 1308
yang sangat penting kepada ayah dan adik-beradik tirinya.
5. Penyayang, Zel sangat sayang akan ibunya. Dia sentiasa menurut nasihat ibunya dan selalu berbangga dengan pencapaian ibunya .
6. Berfikiran rasional setelah menerima saranan dan nasihat sahabat baiknya, Win.


MAMA 1. Ibu Zel yang berusia 45 tahun.
2. Janda/ibu tunggal kepada seorang anak bernama Zel.
3. Peniaga komputer yang berjaya.
4. Wanita yang berpelajaran tinggi
5. Memiliki keyakinan yang tinggi bahawa dia akan berjaya walaupun tanpa bantuan lelaki / suami.
6. Tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas suaminya.
7. Bertimbang rasa dan rasional.


WIN 1. Sahabat karib Zel yang sering dihubungi untuk memberi pendapat.
2. Menuntut di Kaherah
3. Menasihati Zel agar membatalkan rancangannya untuk memasukkan virus ke dalam perisian komputer ayahnya.



LATAR 

LATAR TEMPAT
* Ruang tamu rumah Zel, rumah abah, ruang bilik komputer di rumah Zel, gedung pakaian, ruang legar di sebuah pusat beli belah.


LATAR MASA 
* Zaman sekarang atau zaman kemajuan teknologi maklumat. Buktinya,penggunaan komputer secara meluas.
* Malam iaitu ketika Zel mengikut abang tirinya, Awi membeli hadiah untuk ayah mereka.


LATAR MASYARAKAT 
* Masyarakat korporat/peniaga. Ibu zel merupakan peniaga komputer yang berjaya.
* Golongan wanita yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai.
* Masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga .
* Masyarakat yang mementingkan penggunaan komputer.


PLOT
* Permulaan - diperkenalkan watak Zel yang tertekan akibat perceraian ibu dan ayahnya.
* Perkembangan - digambarkan watak Zel yang semakin memuncak perasaan benci terhadap ayahnya. Namun, ibunya melarang dia menyimpan perasaan
dendam.
* Perumitan -Perasaan benci Zel terhadap Awi, Aman dan Arif (adik beradik tirinya) kerana bersikap seolah-olah cuba memisahkan diri Zel dengan ayahnya.
* Puncak/ klimaks - Zel ingin menghantar virus komputer bagi merosakkan program ZQ 1308 yang sangat penting kepada ayahnya. Win mengingatkan Zel bahawa hasratnya itu akan turut menyusahkan dirinya sendiri dan mamanya.
* Peleraian - Zel membatalkan niatnya .



GAYA BAHASA
1. Bahasa Inggeris, Contohnya, survive, taste, inferior, career woman dan sebagainya.
2. Personifikasi. Contohnya, halilintar yang datang meragut tangkai jantungku
3. Bahasa Arab. Contohnya,InsyaAllah, ukhuwah
4. Pengulangan kata. Contohnya, Tentang keinginan Zel, tentang harapan Zel, tentang masa depan Zel
5. Simile. Contohnya, persis halilintar
6. Metafora. Contohnya, konkrit derita



NILAI
1. Kasih sayang. Contohnya, mama kasih akan anaknya, Zel
2. Simpati. Contohnya, Win,sahabat baik Zel menyatakan rasa simpatinya terhadap nasib Zel yang menjadi mangsa perceraian.
3. Ketabahan. Contohnya, mama tabah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal
4. Yakin akan diri. Contohnya, mama yakin dia mampu berjaya walaupun tanpa bantuan suami.
5. Kebijaksanaan.Contohnya,mama bijak menguruskan perniagaan hingga berjaya
6. Kerajinan. Contohnya, Zel dan Win yang rajin menuntut ilmu.


PENGAJARAN
1. Kita hendaklah memiliki sifat kasih sayang antara mama dan anak atau sahabat.
2. Kita hendaklah menerima takdir tuhan dengan hati yang tabah.
3. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan atau nasib
malang.
4. Kita hendaklah bersikap adil dan rasional .
5. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mempunyai perasaan dendam.
6. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
7. Kita perlu mengikuti perkembangan semasa terutamanya dalam bidang komputer
supaya tidak ketinggalan.



SINOPSIS 
Zel, seorang gadis remaja mengalami gangguan emosi akibat perceraian mama dan papanya. Persepsi awal Zel menyalahkan papanya sebagai punca perceraian dengan mamanya. Persepsi ini menyebabkan timbul dendan di hati Zel yang mahu diterjemahkan dengan memasukkan sejenis virus ke dalam komputer papanya dengan tujuan merosakkan seluruh pangkalan data yang ada di dalamnya. Kekusutan ini bagaimanapun dileraikan apabila papanya bersua muka dengan Zel dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku di pihaknya. Menurut papa Zel, setelah mama Zel bergelar usahawan dalam bidang IT, mama Zel mula berubah sikap. Mama Zel sukar dinasihati kerana pada pendapat papa Zel berlaku akibat kesilapan papa yang "tidak mengukur baju di badan sendiri" ketika membuat keputusan untuk memilih mama Zel sebagai pasangan hidup. Menurut papa Zel, hati mama Zel terlalu keras dan perbezaan taraf antara mereka telah semakin menjarakkan hubungan mereka sehingga berlakunya perceraian. Papa Zel kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniai beberapa orang cahaya mata. Zel beruntung kerana seorang sahabatnya bernama Win telah berjaya melembutkan hati Zel sehingga menyebabkan Zel membatalkan keputusannya untuk memusnahkan pangkalan data papanya.

nur fatin lieyanie bt.ramli