BERITA PALING MENGERIKAN TENTANG ANAK KRAKATOA
INDONESIA, MALAYSIA DAN SINGAPURA BAKAL TENGGELAM!
............Sejarah membuktikan bahawa seramai 36,417 terbunuh ketika letupan paling dahsyat berlaku 124 tahun lalu .
............SELEPAS menyepi diri sekian lama, Anak Krakatau, mula melaungkan amaran kepada dunia bahawa amarah dalam dirinya ingin diluahkan. Kini, asap dan batuan panas dimuntahkan beratus-ratus meter ke udara menyebabkan kebimbangan bahawa gunung berapi di perairan Selat Sunda yang memisahkan Pulau Sumatera dan Jawa mungkin bertambah ganas.
............Di sebalik tanda yang muncul itu, ada pakar gunung berapi meramalkan bahawa Anak Krakatau hanya akan meletup dalam tempoh lapan tahun lagi. Ada yang berpandangan bahawa gunung yang muncul pada 1927 hanya akan meletus pada awal abad ke-24.
..........BBagaimanapun, anak Krakatoa telah mula menghemburkan debu putih sebagai petanda letupan besar bakal berlaku seperti yang terjadi pada tahun 1883. Namun keterbatasan ilmu manusia menyebabkan pakar gunung berapi hanya mampu meramal. Isunya adalah mengapa Anak Krakatau mendapat perhatian istimewa sedangkan pada masa sama, gunung berapi lain di Indonesia juga menunjukkan tanda akan meletus.
............Sejarah Anak Krakatau menyebabkan kemarahannya digeruni. Siapa boleh lupa bahawa gunung berapi ini adalah warisan hasil letupan gunung berapi paling dahsyat di dunia, Krakatau pada 26 dan 27 Ogos 1883.
............Kekerapan gegaran gempa bumi di sekitar laluan kerak gunung berapi meyakini para saintis bahawa letupan anak krakatau mungkin bakal menenggelamkan sebahagian pulau-pulau di Indonesia ,Singapura dan juga Malaysia.Kesan gegaran dari gempa bumi di pulau Andaman telah menurunkan beberapa meter paras bumi dari aras laut.
............Kemungkinan sebahagian pulau yang baru juga akan timbul,namun perkiraan jumlah korban kali ini akan menjadi persoalan. Sejauh mana negara Indonesia, Singapura dan Malaysia bersedia menghadapi masalah ini.
..........Peta menunjukkan kedudukan Anak Krakatua yang berhampiran dengan kepulauan Nusantara termasuklah negara kita, Malaysia. Sudahkah anda bersedia menghadapinya? Demikianlah perjalanan bumi kita. Letupan bakal berlaku dan tidak mungkin ada sesiapapun yang dapat menjangkakannya. Tiada juga antara kita mampu menepisnya. Semuanya berlaku sejajar dengan kehendak-Nya dan juga hukum perjalanan semula jadi alam semester. Atau mungkinkah letupan itu nanti bakal menjadi pengakhir masa hidup kita di alam fana. Sama-samalah berdoa agar Tuhan memelihara kita.
nur fatin lieyanie bt.ramli