Welcoming :D

Tuesday, 12 July 2011

Bercinta Zaman Sekolah Patut ke Tak?

Jumaat. Buat kaum Adam, jangan lupa menunaikan tanggungjawab dengan menunaikan solat jumaat. Jangan ada pulak yang buat-buat uzur.

Hari ini tiba-tiba pulak nak sentuh pasal bab BERCINTA ZAMAN SEKOLAH. Saya ulang sekali lagi BERCINTA ZAMAN SEKOLAH. Budak-budak atau remaja zaman sekarang sangat popular rasanya dengan aktiviti ni. Bagi aku bercinta zaman sekolah lebih kepada CINTA MONYET. Opss...bukan bercinta dengan monyet ye tapi cinta budak-budak. Macam zaman aku dulu, aku takde pulak nak bercintan cintun ni semua. Sibuk dengan buku pastu duduk je kat umah. Buang masa je kot bagi aku.

Tengok budak-budak sekolah zaman sekarang sangat advance. Dengan ada teknologi yang makin canggih seperti internet, ipad, telefon bimbit membuatkan mereka lebih advance untuk berkawan. Kalau digunakan untuk kebaikan takpe. Tapi jangan guna kan untuk benda yang tidak berfaedah. Macam aku sendiri, dah banyak kali adik-adik aku mintak internet kt rumah. Maaf ler...pegi kt cyber cafe sudah. Kalau ada internet kat rumah confirm buku entah ke mana. Top up handphone pun tengok mood aku. kalau aku rasa baik hati aku akan top up. kalau tak, tak payah.

Kadang-kadang kalau balik kampung aku akan check handphone adik-adik aku. Kalau ade unsur-unsur atau ayat-ayat cinta, BEWARE! Aku akan announce dan baca kuat-kuat biar semua orang dalam rumah dengar..hehe..agak jahat kan? Tapi tu la yang aku akan buat. Selalu yang kena adik aku yang masih lagi sekolah laa..pastu dorang sibuk nak wt explanation kat aku apa sebenarnya yang berlaku..kui3x...

Flashback balik zaman aku masa dulu-dulu (Time sekolah)



Nak bercinta-cinta tu memang takde la..setakat suka-suka orang tu ada laa...tapi takde la lebih dari tu. Rutin harian aku hanya lah rumah-sekolah-rumah. Aku tak suka berjalan tak tentu hala..merewang sana merewang sini. Kiranya aku adalah REMAJA CONTOH masa dulu-dulu...chehhh b'lagak! hahaha..memang hakikat tak tipu..aku tak nak pun gelaran tu tapi ramai yang bagi..terima je laa...

Aku start bercinta pun masa semester 3..tu pun PJJ (Percintaan Jarak Jauh)..yang lain tu cuma berkawan suka-suka. Biasanya kalau pegi dating aku akan ditemani orang ke-3 iaitu kawan baik aku..haa...mana ada aku keluar berdua..

Yang aku betul-betul commit pun masa aku semester 5 dengan tunang aku sekarang ^_^ v

Nasihat aku untuk remaja-remaja atau budak-budak sekolah, kejar la cita-cita sebelum kejar cinta. Ambil kesempatan yang ada ni untuk realisasikan impian dan capai apa yangg nak dicapai. Cinta itu akan datang kemudian. Zaman sekolah adalah zaman untuk belajar dan mencari ilmu. Gunakan kesempatan yang ada itu sebaik mungkin. Jangan menyesal kemudian hari..