- Makan pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan Malaysia.
- Sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
- Makan buah dan sayur pada setiap waktu malam.
- Makan bijirin penuh, legum, kekacang dan biji-bijian sebagai sebahagian makanan harian anda.
- Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
- Pilih makanan dan minuman yang kurang gula.
- Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.
Pupuk minda sihat dengan menangani stres- Amalkan 10B
- Bertenang.
- Bernafas dengan Dalam.
- Berkata:Relakslah... . Beribadat.
- Bercakap dengan Seseorang.
- Berurut.
- Berehat dan Mendengar Muzik.
- Beriadah.
- Beersenam.
- Berfikiran Positif.
Lakukan Aktiviti Fizikal
Pelbagaikan aktiviti fizikal untuk kekal sihat dan cergas.
- Sebanyak mungkin lakukan aktiviti fizimal di tempat kerja dan rumah seperti naik tangga, berjalan, berbasikal, berkebun dan berjalan kepejabat.
- Lakukan aktiviti aerobok atau sukan rekreasi 3-5 kali seminggu untuk sekurang-kurang 20-30 minit setiap sesi.
- Lakukab senaman untuk fleksibilti, kekuatan otot dan daya tahan 2-3 kali seminggu seperti regangan, tekan tubi, bangun tubi dan angkat berat.
- Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton TV terlalu lama, tidur berlebihan dan hidup sedentari.
- Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas habuk rokok.
- Lakukan hobi atau kegiatan luar seperti berenang, berbasikal, berjalan dan jogging untuk memenuhi masa lapang anda.
- Elakkan makanan dan minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok.
- Belajar untuk menolak tawaran merokok daripada kawan. Jauhi orang-orang yang merokok.
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Sekiranya anda rasa gian untuk merokok, tarik nafas panjang-panjang untuk menenangkan fikiran atau minum air sejuk atau mandi.
Elakkan kemudaratan alkohol :
- Kebergantungan terhadap alkohol.
- Kecederaan akibat kemalangan seperti kemalangan jalanraya, jatuh, lemas.
- Kecederaan dengan niat seperti keganasan, bunuh diri dan pembunuhan.
- Toksik kepada organ badan seperti penyakit hari dan penyakit kardiovaskular.
- Kemurungan atau keresahan
- Kecenderungan kepada penyalahgunaan substans.
- Kematian berkaitan kemudaratan alkohol seperti kecederaan, penyakit kardiovaskular dan kanser.
- Sha :)-